About Me

My photo
shah alam, Malaysia
Do have any for enquirers can call at : ENNIE 012-6689586

Friday 16 December 2011

Direct Sales Company LSA Expects To Enter Indonesian And Bangladesh Markets Soon

KUALA LUMPUR  - Syarikat jualan langsung, L.S Associates (SEA) Sdn Bhd (LSA) yang mengusahakan produk jenama Vianco Natura dijangka menembusi pasaran Indonesia dan Bangladesh tidak lama lagi, dengan penubuhan dua anak syarikat baru di negara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Wahab Abdul Hamid berkata syarikat itu telah mendapat kelulusan pihak berkuasa Indonesia dan Bangladesh bagi menubuhkan P.T LSA Indonesia Worldwide dan LSA (Bangladesh) Pte Ltd yang akan mempromosikan produk keluaran LSA di negara itu.

"Pejabat operasi telah dibuka di Jakarta dan akan membuka satu lagi di Dhaka tidak lama lagi."


Pembukaan pasaran itu nanti dijangka meningkatkan pendapatan yang lumayan kepada pengedar dan stokis di samping menambah jualan syarikat," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.


"Syarikat juga giat mempelawa pelabur asing melalui perkongsian bistari untuk membuka rangkaian atau pun agensi di beberapa negara seperti Thailand, Brunei dan Singapura dalam masa terdekat," kata Abdul Wahab.


Syarikat 100 peratus milik Bumiputera, yang mula beroperasi kira-kira tiga bulan lalu itu juga, katanya kini giat mengembangkan perniagaanya ke seluruh Malaysia, dengan sasaran pembukaan 12 cawangan, 200 stokis dan 15,000 pengedar menjelang 2012.


Buat masa ini, katanya syarikat itu mempunyai 30 stokis dan 300 orang pengedar walau pun baru hanya tiga bulan beroperasi.


Beliau berlata LSA juga bercadang menambah pengeluaran dan barangan kepada 30 jenis pada tahun hadapan, daripada 10 jenis barangan kesihatan dan kegunaan harian pada masa ini, dengan jangkaan jualan syarikat mencecah RM1.5 juta sebulan daripada lebih kurang RM100,000 sekarang.


"Syarikat juga mempelawa pengusaha-pengusaha tempatan atau pun pembekal Bumiputera yang mengeluarkan produk herba, barangan kecantikan yang bolehn dipasarkan agar menjalin usahasama dengan LSA sebagai pintu utama hub-pintar agar produk mereka dapat diasarkan secara agresif oleh ahli-ahli LSA," katanya.  - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

To order, please fill in this form

Name:
Handphone No
Email Address:
Address
Name of Product Coffea Premix
Ice Lemon Juice Tea
RATU
Soy Collagen
Royale Collagen
Mix Fibre
Trimax Hot Body Shapping
Guarana Coffea
Ice Lemon Tea
Stevia Concentrated Fruity
Alkaline Energy Flask
Amount of payment
Mode of Payment Maybank
CIMB
BSN
Please state your details order here

This online form was provided by Freedback.